SK BUKIT JANA

" Menjana Generasi Berilmu "

Menjana Generasi Berilmu

Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Zon Kamunting 2012

Menjana Generasi Berilmu

Pendidikan Khas SKBJ 2013

Menjana Generasi Berilmu

Juara Bola Sepak Zon Kamunting 2011- Ultra Janas

Menjana Generasi Berilmu

Kejohanan Balapan dan Padang SKBJ

Wednesday 27 June 2012

Penyerahan Kad Pelaporan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012

Dimaklumkan bahawa, sekolah SK Bukit Jana akan mengadakan “Hari Penyerahan Kad Pelaporan Ujian Pertengahan Tahun” untuk ibu bapa dan penjaga yang bertujuan untuk memberi peluang kepada tuan membincangkan prestasi anak/jagaan tuan dengan guru kelas/guru mata pelajaran masing-masing bagi menangani masalah pembelajaran mereka serta menandatangani slip keputusan peperiksaan.
Sehubungan dengan itu, tuan dijemput hadir ke sekolah pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
Tarikh: 29 Jun ( Jumaat)     Masa: 8:30 – 10:00 pm     Tempat: Kantin Sekolah
Waktu P&P tetap berjalan seperti biasa mulai pukul 7:40 pagi dengan mengikut jadul hari Jumaat. Walau bagaimanapun, murid-murid hanya dibenarkan balik awal mulai pukul 10 pagi sekiranya ibu bapa/penjaga datang dan berhasrat untuk membawa anak pulang bersama.
Kerjasama, sokongan dan komitmen tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.








Wednesday 20 June 2012

Pertandingan Bola Sepak 5 Sebelah Pra Sekolah Peringkat Zon Kamunting

Satu Pertandingan Bola Sepak 5 sebelah pra sekolah  antara sekolah-sekolah Zon Kamunting sedang berlangsung. Berikut adalah keputusan pertandingan bola pasukan SK Bukit Jana :


  1. SKBJ      VS      SJK(T)    :     0 - 0 SKBJ menang dengan sepakan penalti ( 1- 0 )
  2. SKBJ      VS      SKLJ      :     1 - 3
  3. SKBJ      VS      SKK       :     1 - 2
  4. SKBJ      VS     SKSY      :     4 - 1
  5. SKBJ      VS     SKTP      :     0 - 3

Gambar pertandingan bola sepak.


















Pertandingan Nasyid Tertutup SKBJ 2012

Pada 13 Jun 2012 yang lepas Panitia Agama Islam telah menganjurkan Pertandingan Nasyid Tertutup SKBJ. Pertandingan diadakan pada hari kokurikulum pada pukul 2 petang dan berakhir pada 330 petang. Sebanyak 8 buah pasukan telah menyertai pertandingan tersebut. Di bawah adalah beberapa gambar pada hari pertandingan.




Tuesday 19 June 2012

Sambutan Israk dan Mikraj 2012

Sempena sambutan Israj dan Mikraj tahun ini, Panitia Agama Islam telah menganjurkan satu ceramah Israk dan Mikraj di Kantin sekolah pada pukul 2 sehingga 3.30 petang. Kali ini panitia agama islam telah menjemput Ustaz Muhammad Azmi dari Sekolah Kebangsaan Pengkalan Aur, Simpang.









Monday 18 June 2012

Sambutan Hari Guru SKBJ 2012

Semenjak tahun 1972 perayaan Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei setiap tahun bagi mengiktiraf jasa dan kecemerlangan guru yang menjadi pemangkin kearah kemajuan negara . Disamping itu kecekapan guru pula akan dapat memastikan pembangunan modal insan dan kemenjadian murid yang cemerlang dan disegani mampu melonjakkan imej negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Ini bersesuaian dengan tema sambutan pada tahun ini iaitu, Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara.

      i.         Menghargai dan mengenang jasa serta pengorbanan guru dalam mendidik anak-anak bangsa ke arah menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, fizikal ,rohani dan emosi.

    ii.         Melahirkan kerjasama dan hubungan yang erat antara warga pendidik dan murid di sekolah ini ke arah menjadikan institusi sekolah sebagai pusat kecemerlangan.

  iii.         Memperhebatkan lagi usaha bagi meningkatkan kualiti pendidikan ke arah meningkatkan kualiti profesion perguruan.

AKTIVITI SEPANJANG SAMBUTAN HARI GURU
  
ATURCARA PROGRAM
Masa
Tempat
Perkara
Pakaian
7.40 pagi
Dewan Terbuka SKBJ
- Perhimpunan pagi
- Bacaan Doa
- Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Perak,    
  Perak Sentiasa di Puncak 
  Kecemerlangan & Lagu Sekolah
- Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran & 
   Perasmian Hari Guru
- Ucapan Hari Guru oleh
   Ketua Murid
- Membaca Perutusan Sempena
   Hari Guru
i.      Menteri Pelajaran Malaysia
ii.    Ketua Pengarah Pelajaran Perak
- Bacaan Ikrar Guru : En Norhesam
- Nyanyian Lagu Guru Malaysia & Lagu   
   Tema Hari Guru


Rasmi
8.30 pagi
Padang
-   Sukaneka
Pakaian Sukan
10.00 pagi
Bilik Gerakan
-   Jamuan Ringan
11.00 pagi – 1.10 tengah hari
Dewan Terbuka SKBJ
-   Persembahan Guru
-   Persembahan Murid Pendidikan Khas, Murid Tahap 1 & 2
-   Penyampaian hadiah oleh murid kepada guru
-   Bersurai

Gambar Sepanjang  Sambutan Hari Guru 2012
Bacaan Ikrar Guru SKBJ 

Menunggu Giliran Persembahan

Murid 5 Iswara

Murid 6 wira

Sambutan Hari Lahir Guru-Guru

Letih menunggu......ZZZZZZ

Jamuan Makan Petang di Hotel Koperasi Taiping

Cikgu Eton dan Cikgu Azlina

Pemenang Hadiah Bertuah

Pemenang Hadiah Guru Lelaki Glamour 

Persembahan dari Murid Tahun 6 Wira

Cikgu liza dan Cikgu Hizan















Pemberitahuan KPM

Blogroll

RSS Sinar Harian Utama

RSS Sinar Harian: Sukan

RSS Pa Ma

RSS Terkini Impiana

Peta Ke SKBJ