Profil Sekolah


Kenali SKBJ


Sekolah Kebangsaan Bukit Jana adalah sebuah sekolah luar bandar terletak dalam 10 km dari bandar warisan, Taiping. Sekolah yang mula beroperasi pada tahun 1996 ini mempunyai panorama yang indah kerana berlatar belakangkan Banjaran Bintang.

Sekolah ini telah siap dibina dengan sempurnanya pada tahun 1995. Pada 16 Disember1995 pihak Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama telah menghantar dua orang guru untuk menguruskan ketibaan peralatan perabot sekolah.

Mereka ialah Encik Abd. Rahim bin Abd. Samad dari Sekolah Kebangsaan Toh Sajak, 34500 Batu Kurau Perak yang kemudiannya dilantik sebagai Guru Kanan Pentadbiran.

Seorang lagi ialah Encik Tajul Ariffin bin Mokhtar dari Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Pokok Asam, 34000 Taiping. Beliau telah dilantik sebagai Guru Kanan Hal Ehwal Murid.Pada 01 Disember 1995 pihak Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama telah menghantar guru seramai dua puluh dua (22) orang.

Sekolah memulakan operasi Pengajaran dan Pembelajarannya pada 08 Januari 1996. Enrolmen murid pada 31 Januari 1996 adalah seramai 524 orang, jumlah kelas sebanyak 10 buah dan bilangan guru seramai 24 orang. Selama 2 bulan sekolah ini menjalankan operasinya tanpa guru besar.

YM Ku Aziz bin Ku Ismail, Guru Besar yang baru dilantik memulakan tugasnya pada 01 Mac 1996 hingga 28 Februari 1999. Beliau telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Sri Aman, 34000 Taiping. Tempat beliau telah digantikan oleh Tuan Haji Anjang Abdul Rahman bin Mat yang bertukar dari Sekolah Kebangsaan Pengkalan Aur. Tuan Haji Anjang Abdul Rahman bin Mat telah menamatkan khidmat beliau di Sekolah Kebangsaan  Bukit Jana pada 15 September 2001 kerana bersara wajib.

Tempat beliau telah diganti oleh seorang guru besar perempuan yang bertukar dari Sekolah Kebangsaan Convent Kota, Taiping iaitu Puan Hajjah Noor Rihan bt Yaakub. Puan Hajjah Noor Rihan berkhidmat dari 15 September 2001 sehingga 1 April 2011. Pelbagai pembaharuan dan kejayaan yang telah dikecapi di bawah pentadbiran beliau.

Pada 1 April 2011 Puan Hajjah Noor Rihan ditukarkan ke sekolah kluster iaitu SK Kg. Jambu, Taiping dan diganti dengan Pn. Hjh Noraidah Binti Ayub dari SK Kg. Jambu.

SENARAI PENTADBIR SEKOLAH

   NAMA                                                    JAWATAN     

1.Noraidah Bt Ayub                                GB
2.Rozila Hanim bt Kamaruzzaman     PKP
3.Sabrina bt. Zainuddin                         PKHEM
4.Kamal B Abdul Salam                        PK KOKO
5.Mohd Zolkafli B Mohd Razali            PKPK



0 comments:

Post a Comment

Pemberitahuan KPM

Blogroll

RSS Sinar Harian Utama

RSS Sinar Harian: Sukan

RSS Pa Ma

RSS Terkini Impiana

Peta Ke SKBJ