COGANKATA


MENJANA GENERASI BERILMU


     Cogan  kata  ini memenuhi fungsi sekolah sebagai institusi yang membentuk, mendidik, dan menyediakan prasarana bagi melahirkan generasi yang ‘ hidup’. Yakni, berketrampilan, kreatif, kritis, inovatif, proaktif dan bersikap positif menghadapi cabaran.  Semua ini harus disokong dengan ilmu.


     Berilmu bermaksud mempunyai banyak maklumat. Maklumat ini adalah teras masa depan. Generasi yang berilmu adalah generasi  pendokong untuk kesinambungan kepimpinan masa depan.


     Menjana Generasi Berilmu tidak terhad di batas sekolah. Tugas dan tanggungjawab menghayati cogan kata ini terpikul di bahu semua warga Sekolah Kebangsaan Bukit Jana, sama ada sebagai pentadbir, guru,  staff bukan guru, ibu bapa atau murid.


     Kemuncak semua ini adalah insan yang berperibadi mulia sebagai penanda kecapaian Falsafah Pendidikan Negara.

0 comments:

Post a Comment

Pemberitahuan KPM

Blogroll

RSS Sinar Harian Utama

RSS Sinar Harian: Sukan

RSS Pa Ma

RSS Terkini Impiana

Peta Ke SKBJ