Program Frog VLE


FROG VLE: PANDUAN UNTUK GURU & IBU 


BAPA/PENJAGA



TUJUAN FROG VLE

UNTUK GURU 

  1. BUAT LAMAN WEB MATA PELAJARAN
  2. BERI TUGASAN
  3. FORUM GURU
  4. SIMPAN BAHAN
    • PDP SEKOLAH
    • DOC
    • POWERPONIT
    • PDF

UNTUK MURID
  1. BUAT LAMAN WEB SENDIRI
  2. HANTAR TUGASAN
  3. SIMPAN BAHAN
  4. KEDAI FROG - BAHAN MAKLUMAT -VIDEO,GAMBAR
  5. FORUM

UNTUK IBU BAPA
  1. PORTAL SK BUKIT JANA
  2. EMAIL
  3. PAPAN KENYATAAN DARI SEKOLAH DAN GURU BESAR
  4. TUKAR PASSWORD

PENGENALAN




Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet.   Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.  Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.

Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Saksikan video di bawah untuk gambaran ringkas:




APAKAH VLE?
Bayangkan VLE sebagai Intranet, bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung. Persekitaran Pembelajaran Virtual (VLE) adalah sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep virtual dalam pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secaravirtual manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui VLE. Ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemas kini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.


PANDUAN
Sila klik PANDUAN GURU untuk membaca dan memahami mengenai Frog VLE.  Panduan ini juga amat berguna untuk ibu bapa atau penjaga murid-murid SK Bukit Jana dalam usaha membantu anak-anak menggunakan Frog VLE ini di rumah.

ID Frog VLE untuk semua murid SKBJ akan diedarkan bermula tahun baru 2013.  (Lihat laporan di sini) Dan panduan untuk murid mengakses serta login akan diberikan dan disampaikan oleh guru kelas masing-masing.  

Banyak video/panduan yang telah dibuat untuk memberi lebih kefahaman kepada warga pendidik, murid-murid dan juga ibu bapa/penjaga.  Maklumat dihujung jari ini perlu dipelajari dan digunakan agar segala maklumat berguna yang disediakan dapat diaplikasikan sebaik mungkin untuk impak pendidikan yang berkesan.  

0 comments:

Post a Comment

Pemberitahuan KPM

Blogroll

RSS Sinar Harian Utama

RSS Sinar Harian: Sukan

RSS Pa Ma

RSS Terkini Impiana

Peta Ke SKBJ